- Bila kita sebut melayu sahaja, mulalah ada pemikir yang jumud akan bertanya, "parti politik mana kah yang kamu ikut" perlukah bangsa kita dijadikan alat politik? jika polisi sekarang melaungkan 1malaysia kenapa polisi bangsa kita sendiri tidak cuba melaungkan 1melayu? dimanakah bangsa kita yang dulu layu di bawah pemerintahan british dan jepun kemudian bangun membawa nama bangsa melayu untuk mendapatkan kemerdekaan. mengapa kita terus layu dan layu sedangkan kita bukan lah bangsa layu tetapi bangsa melayu.
- Apabila kita bercerita tentang bangsa dan negara, ketepikan semua perkara. pangkat dan harta yang dikejar tidak mampu bertahan jika maruah bangsa hanya sekadar di bibir sahaja. pertahankanlah bangsa maka akan bertahanlah harta dan pangkatmu. kerana tanpa bangsa ini kamu tidak ada erti apa kepada pangkat dan harta.
- Blog ini di tulis bukan untuk menyokong mana-mana parti. bagi saya setiap visi dan misi parti itu telah "terang lagi bersuluh" penuh dengan perjuangan bangsa dan negara. tetapi jika kapal itu sebesar mana pun, secantik mana pun, secanggih mana pun, perlukan pemimpin dan anak kapal yang baik untuk mengemudi kapal itu sampai ke destinasi nya. jika tidak ia akan karam di telan laut.
- Saya berpegang kepada 3prisip untuk berjaya menjadi seorang pemimpin. iaitu 3C.
1) Cemerlang Sikap
2) Cemerlang Ilmu
3) Cemerlang kepimpinan
- Seorang pemimpin perlu mengubah sikapnya dahulu. Cemerlangkan sikap kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang itu. kemudian carilah ilmu.tanpa sikap yang baik maka kita tidak akan dapat mencari ilmu yang baik. Pemimpin yang tidak mempunyai ilmu hanya "omong-omong" kosong sahaja. apabila pemimpin mempunyai sikap yang baik, ilmu yang baik maka kepimpinan nya secara langsung akan menjadi baik. dari situ kecermelangan kepimpinan akan terserlah.
- Tidak perlu kita katakan yang saya menyokong parti ini atau parti itu. yang baik kita ikut yang salah kita tentang. kerana rakyat dan pemimpin yang baik perlu ada prinsip dalam hidupnya. tidak perlu menjadi lalang yang di tiup angin.
- Semoga ruangan ini membuka minda bangsa melayu untuk terus maju dan berjaya. "tidak akan bangsa melayu hilang didunia,jangan sampai melayu hilang dunianya" sekian terima kasih~
No comments:
Post a Comment